Saturday, April 2, 2011

PENGAJARAN PERTAMA#

Harini i tak ada kelas langsung, lepas selesai hantar report semua, i balik KL dengan budak ni . Pergi tengok Beastly kat Sunway Pyramid dulu, Beastly best lah jugak, sebab Alex Pettyfer, Mary-Kate dan Neil Patrick (Barney dalam How I Met Your Mother)yang membuat cerita tu menarik tapi cerita tu macam cliche je. Vanessa Hudgens LAME gila. =.= Tapi entri kali ni bukan pasal mana-mana pelakon di atas.

Lepas habis movie dan duit, i kena balik rumah naik KTM, i jarang sekali naik KTM sebab KTM menakutkan, dah lah TAK PERNAH dapat duduk sebab pengguna KTM yang setiap hari dah naik jadi macam orang "gasar", bertolak-tolakan, bertarik-tarikan, lepastu pintu KTM tu kalau boleh 5 saat je nak bukak lepas tu berbunyik lah, siapa tak takut weih, dah la i bawak barang banyak, tapi i punya pemikiran yang dah update ni menyebabkan i tak pernah sibuk nak berebut tempat duduk sebab i sedar, i masih muda, kaki melekat lagi dan gagah berdiri, i pun berdiri tepi pintu. Depan i ada seorang makcik India tengah sedap tidur tak tahu kalau dia dah terlepas stesyen ke belum. Sebelah makcik Dewi tu (bukan nama sebenar), ada Mei Ling (bukan nama sebenar) tengah sibuk main iPad. Hah, cerita pasal ipad ni, haritu kan Yasmin Hani buat macam satu pertandingan untuk merebut ipad beliau tapi disebabkan kelalaian i, i gagal. Kecewa yang teramat. :(


lepas dah 3 stesyen kot rasanya, i tak dengar sangat sebab i leka berangan sambil dengar ipod i, konon-konon cool sampai tak pandang sesiapa pun. Oh i lupa nak bagitahu, i masuk coach perempuan, ala yang ada sticker perempuan warna pink tu, tahu? kalau tak tahu, sila lah cuba naik KTM. Coach tu memang khas untuk perempuan sahaja. Senang nak bergosip open table dalam tu kan. Mulut-mulut cik kiah(s) dengan cerita hot masakini, kalau korang tak kenal siapa Makcik Leha pada mulanya, korang akan dapat agak berapa income Makcik Leha bila korang dah dalam coach tu untuk 15 minit. SUMPAH TAK TIPU. Income Makcik Leha RM5000 sebulan kerja dari rumah je. Tak tahu la kalau Makcik Leha tipu kawan-kawan dia kan. I dengar je.


i bukan pool dance tau, kaki i memang semulajadi melentik macam tu.
lepas satu stesyen tu, ada abang handsome berbaju biru Quicksilver masuk coach ore tino tu. I pun sebagai manusia biasa yang pantang nampak kesalahan orang terus menilai sendiri macam nampak pakcik tu dok tersentuh tangan kita, kita assume pakcik tu pervert padahal pakcik tu sedang cuba mengimbangi badan beliau. Kesian pakcik. I mencarut lah dalam hati rasa macam hak sebagai seorang wanita dicabuli bila abang handsome masuk tanpa segan silu, abang handsome bawak beg besar macam berat je nampak. Kesian abang handsome. Tangan dia mesti lenguh.

Selang 5 saat i mengutuk dan puji abang tu, ada mak buyung jalan menyusul abang Haq (bukan nama sebenar). Perut mak buyung nampak besar gila sebab pakai dress ikut bentuk badan. Nasib mak buyung muka chomei. :')

Mei ling pun berganjak sikit kasi mak buyung duduk, jadi sekarang ada lah Dewi, Mei Ling dan Mak buyung ! SATU MALAYSIA ! :D

Rupanya abang Haq tu laki mak buyung. Sebab mak buyung cakap macam ni "bang, berapa stesyen lagi?". Abang Haq cakap "2 stesyen je". OHHHHHHH.



Lukisan perut mak buyung memang buruk gila, tangan tak bedung. Maaf. Tapi nampak macam i dan abang Haq tengah menari tiang bersama kan kan kan. HAHA

Pengajarannya, JANGAN MENILAI ORANG SECARA RAWAK DAN SESUKA HATI, maaf lah abang haq, tapi abang haq tak macam dah kahwin pun. Lainkali conteng dahi tu tulis "i'm married, sorry".

Oh ceritanya, i beli tiket KTM sampai BTS (Bandar tasik selatan), tapi bila sampai Kl Sentral, i dah chuak gila, i pun ikut je orang ramai keluar, jadinya i teruskan perjalanan naik LRT pulak sampai ke rumah. Noob gila i ni. :')

P/S : Pertama kali buat lukisan guna paint, jakun gila. Kalau tak faham, nanti i terangkan perlahan-lahan okay? Jangan kutuk lukisan i. I budak baru belajar. Kalau salah tolong jolokkan.

OKAY BYE.

No comments:

Post a Comment