Tuesday, April 5, 2011

A BIG NO-NO

Jom berblog pasal ciri-ciri pasangan yang harus ditegah. Malam ni i gatai nak berborak pasal ni pulak.

1. PENIPU
Ciri-ciri yang paling disenarai hitam, sebab tu i taruk sebagai nombor satu. Okay, serius lah,kadang-kadang memang kita kena menipu sikit untuk kesenangan masing-masing, macam bila pasangan kita tu bawak jumpa adik-beradik dia ke, lepas tu dia tanya "chomei kan adik/kakak/abang i? Okay,selalunya orang akan tanya soalan tu untuk menanyakan kechomei-an adik-adik je. Kalau tanya pasai abang, lepastu dapat pulak abang chomei sejuk mata memandang takan nak jujur slumber cakap "yelah betul cakap Shah (rekaan semata) yang abang you lagi handsome dari you", HAA, TAK BOLEH TAU TAK BOLEH. kat situ jugak Samarinda TV3 40 episod kang. NAYA NAYA. Ehem ehem, tapi kalau adik beliau kurang kechomei-an, nakal teramat ke, jangan lah slumber jawab "hish, are you kidding me? (hish, adakah anda bergurau?), babun punggung merah pun tak senakal tu tau, tasuka tasuka". NI PUN JANGAN BUAT TAU JANGAN TAU walaupun kadang-kadang betul, dapat pulak kalau you'olls macam i, jenis takut dengan budak-budak. I kalau budak-budak buli i pun i redha je sebab i tak suka lah nangis-nangis, bukan i tak suka budak-budak, lebih kepada takut sebenarnya, lagi-lagi bayi yang lembik macam jeli mangga tu, kalau i pegang,memang 30 minit lah kaku posisi yang sama je. SUMPAH TAK TIPU. O_O"

Pendek kata, nak menipu tu beragak lah, maksud di sini, penipu seperti "Sayang, i dekat kedai makan ni dengan Samad, Ali, John, Abu. Padahal dengan Bedah tengah comolot dalam kereta. YA ALLAH.

Atau, "I tak free lah sayang Ahad ni, i kena teman mama pergi shopping", HUISH stok anak mitahali ni memang i suka. Tapi mana lah tahu sebenarnya bukan 'mama' kandung kan. Sekali tengok next week Bedah dok usung handbag Guess baru you'olls. HOMAIGOSHH. =.="

2. TERLALU EGOIS
Haa, ni memang pantang keturunan i. Sifat egois tu memang perlu ada dalam diri setiap insan, tapi jangan TERLALU EGO. Tasuka tasuka. (?.?)

Contonhya macamni lah,
BOBOY : Sayang, Kenapa you makan mee sup, taruk sup dulu lepas tu baru mee?
GIGIRL : because i'm cool liddat yaw, got problem yaw?
BOBOY : Orang makan taruk sup kemudian, baru lah dapat agak berapa banyak sup kita perlu untuk makan mee sebanyak sekian sekian.
GIGIRL : Fo real ma shizzle? Chill lah nigga.
BOBOY : Hish,betul lah, you ni pelik lah. Lepas ni tak nak makan mee sup dengan you dah. Dah lah makan sebalang sambal pedas, gila ke apa.
GIGIRL : Me Gusta yaw.
BOBOY : *DIAM*. tak call, tak apa untuk seminggu, rindu tapi ego, Gigirl call pun tanak angkat. Kalau angkat pun,layan macam nak tak nak je. MENYAMPAH TAU. TASUKA TASUKA.

Okay tipu, bukan contoh terbaik tapi korang kan hebat mesti korang faham kan apa yang i cuba sampaikan. Tapi kalau conversation macamni, memang MY THANG YAW. SUUUUPPPP ~ Hihi Maksud i, kalau dah bertikam lidah tu, kalau dah tahu salah kita, mintak maaf, paling kurang pun jangan tak angkat bila orang call ! Hish pantang i tau. Sukati lah nak taruk mee dulu ke, sup dulu ke, yang penting baca doa makan tu. Hish, TENSI TENSI.

3. PANAS BARAN
Ni pun macam i jugak, tak boleh kena tegur. HAHA Terasa i di sini. Bila kena tegur mulalah bertukar jadi Incredible Hulk, terbalikkan Persona Putih Mak Cik Leha depan rumah habis jahanam. Nasib Mak Cik Leha income RM5000 kerja dari rumah tau. TASUKA TASUKA. Ni pun kira ego jugak ni, rasa diri dia je betul. Kalau takat lawan cakap tu i okay lagi, ni dapat yang naik kaki tangan atas badan. Kalau i dapat, i kerat penis tu kasi anjing Mei Ling makan. GERAM NI GERAM.

4. MATERIALISTIK
Haa ni satu lagi, cintakan kebendaan. Kalau beli guna duit sendiri tak apa lah, ni harini mintak Handbag Prada 10k, besok nak kasut Jimmy Choo pulak, lusa mintak kereta Are you Polo enough?. Kalau si lelaki tu cop duit, tak kisah lah. Kalau dapat yang kerja kais pagi makan breakfast kasi petang makan pisang goreng dengan teh Lipton macam mana? Beragak lah okay, kalau dah teringin sangat hang pi kerja hang guna la duit sendiri, tak ada siapa nak marah. Tapi kalau dapat kereta Polo tu siapa tak nak kan. JANGAN TIPU JANGAN TIPU. :')

5. PEMALU TAHAP GABAN
Molek sungguh bila manusia sekarang ada lagi sifat malunya, malu dengan kaum sejenis ke malu nak bermadah cinta ke, tapi kalau malu yang teramat pun tak boleh, susah nak hidup. Contoh di sini, Samad ni pemalu gila, sampai nak order mekdi pun sorok-sorok belakang Senah, paling geli pun, mintak lah Senah orderkan kalau dah malu sangat tak ada hidung ke, mata ada tiga ke. Kalau yang perempuan tu, bawak jumpa kawan-kawan si boipren jangan lah dok pandang lantai je tak bersosial langsung. Kang orang cakap you sombong kang. Kikis sikit malu tu, kalau dapat dua-dua pemalu lagi lah haa, pergi restoran buffet, malu nak ambik makanan, dah mati kebulur lah korang kat situ. TABOLEH TAU TABOLEH. Lagilagi zaman sekarang ni, semuanya daring you'olls. Bergerak maju ke hadapan.
Tapi kalau TAK MALU LANGSUNG pun tak boleh tau.

6. SUKA SURUH BUAT YANG BUKAN-BUKAN
Haa, i tahu ni sebab i pernah kena dulu. Pantang sekali dua kali ni. Siap belikan short dress ke top ke i pun tak tahu lepastu siap ajak pergi clubbing bersama. I kan naif, tak pernah try benda-benda ni, dia cakap jom lah menari saja, kalau you tak tahu minum, i ajar lah. Apa ni?! Ke ada yang ajak merempit bersama ke, atau mengajar merokok ke, yang bukan-bukan yang nak diajarnya. Kalau nak buat dosa tu, buat sendiri lah, jangan jadi syaiton bertopengkan manusia. I ni dah banyak dosa tak perlu nak menambahnya. HADOIYAIII. Yang i tak fahamnya, kenapa kena pakai seksi-seksi? Tayang kat lelaki lain? Lepas tu? APA? APA? Terimalah seadanya, jangan nak ubah-ubah, you tu lah ubah diri sendiri dulu. Kalau ajak i pergi Jalan Masjid India beli hijab tak apa lah jugak. :')

7. TAK BERUSAHA
Ni pulak jenis yang selesa berada di comfort zone, isu ni sensitif sikit sebab kawan-kawan i pun ramai yang macam ni. Bukannya maksud i, pergi panjat Broga Hill enam kali ke apa sebab i cakap keluar lah dari zon selamat anda. PANCIT TU WEIH. I bagi contoh paling tak releven tapi senang lah okay. You'olls dah biasa makan ayam KFC original yang tak rasa apa benda tu, tawaq besiaq. TASUKA TASUKA. You'olls tak teringin ke nak try ayam Spicy mekdi terbaik dari ladang tu? Mana lah tahu you'olls suka jugak nanti kan. Tapi maksud TAK BERUSAHA kat sini bukan lah subjeknya pada ayam. Tapi i sarankan, keluar lah dari comfort zone, cuba benda baru, bagi segar sikit. Ni pun untuk i jugak. I dah lama teringin nak Bungee Jumping ni, tapi GAYAT weih. =.=

8. SELEKEH GILA
Bukan i suruh pakai dress berlabuci, bermanik, siap riben kat belakang dengan kasut tumit tinggi macam pergi Prom, kalau setakat keluar pergi Tesco. Maksudnya, berkemas lah sikit, bulu ketiak tu shave lah, bulu hidung kalau terkeluar tu pandai-pandai lah dah sampai seru tu. Pakai deodoren ke minyak wangi ke, jangan habiskan sebotol pulak. I bersin sampai besok malam kang. Rambut tu bersesuaian lah, syampu kasi wangi sikit kalau yang berkelumumur tu gunalah Hi, nama saya Rain-punya syampu. Semua orang pun gembiraaaaaa. Baru lah best bila nak geli-geli kan kan kan. HEHE

9. KUAT MEMBEBEL
Homaigosh, ni pun serius i ni.Membebel benda perlu takpe tapi kalau dah sampai tahap membebel stok Cik Kiah tu, i pun tak nak weh. Pot pet pot pet suara dia je yang boleh dengar, si pasangan dok dengar je. 12 jam dating, dok bercerita lah hal Siti dengan pakwe Siti lah, Jamal menang motor dengan hanya minum Power Root lah. Siapa kisah? SERIUS DOH JANGAN BUAT TAU. Kalau nak bercerita sangat buat lah blog, kau membebel lah macam i ni, padahal i rasa 9 followers i pun tak baca blog i ni tapi i update jugak membebel cerita budget bagus i ni. Hehe

Cukup lah ni, banyak lagi sebenarnya, tapi leher i dah teleng ni tulis sambil meniarap. HAIYOSH. I mintak maaf kalau terasa di sana sini ke terkasar bahasa ke. Next time i buat entri "JANGAN PERASAN DIRI ANDA BAGUS SANGAT" khas untuk i okay. =.=



OKAY BYE.

No comments:

Post a Comment