Wednesday, April 27, 2011

KAU ROBEK HATI KU

Hi. Dah lebih seminggu kan i tak update, i tak nak cakap sorry lepastu explain kenapa sebab i rasa tak ada siapa kisah pun. :( so, i nak terus explain tanpa meminta maaf kepada pihak yang tak peduli. HAHA
Sekarang ni i tengah final exam, dari 22 April sampai 30 April 2011. Dan sekarang ni i tinggal lagi satu paper je, so memang dah terlambat untuk tips cemerlang dalam peperiksaan dalam SEHARI. Macam biasa lah, i memang jenis study last minute, SERIUS. Kalau paper tu hari Selasa, Isnin baru i mula study pong pang pong pang. Masa tu otak i memang sibuk gila, sel-sel otak i mengembang dan bercambah macam popcorn bila masuk dalam microwave, bayangkan lah syllabus satu semester i habiskan dalam sehari tu pun tolak masa makan, tidur, membebel, online, dan merungut. 24 jam mulut mencarut marahkan lecturer sebab syllabus macam haram ataupun nota berlambak macam pwtqyainqo. Semua orang kena kecuali diri sendiri. HAHA

Lepastu, lagi satu benda jadi kat i pada 21 April 2011. Hati i dilukai, kali ni BIG TIME. Meroyan i time study tu rasa macam dah tak ada matlamat hidup. Tengok, ni pun i sedih lagi ni. :(

ASHRAF MUSLIM DAH BERTUNANG !

Jangan tanya dengan siapa sebab i tak tahu, jangan tunjuk gambar atau video sebab i tak nak. HAHA bukan lah maksudnya kalau Ashraf Muslim single, i boleh dapat dia. Tapi sedih lah sebab i rasa dia PERFECT. Handsome, tinggi, badan bidang besar, pandai berubat, homaigoshhh. Room mate i berkali dua kali tiga kali tunjuk i video pertunangan tu, i terus rembat dia sekarang dia kena makan dengan straw.

Oh, and 21 April 2011 jugak, BENXEMA KAREEM meninggal dunia. Tengok post i sebelum ni ada i post pasal kucing i. I menangis macam wanita sejati hilang anaknya. Ben kucing yang baik, dia tak pernah cakar orang, mata dia suci je lepastu dia sangat manja dengan semua famili i. Setiap pagi dia akan bangun ikut papa i, dia nak makan ikan rebus. Lepastu dia tidur balik dalam bilik parents i sebab dia suka air-cond. Kalau i bangun tidur kadang-kadang dia ada sebelah i tidur atas katil i. Ben bukan sakit kronik. Dia sakit kaki je, tapi dia boleh makan, jalan lagi, tapi bila i bawak dia pergi Vet, dia kena inject, dia terus lembik dan malam tu lah dia mati. I BERSUMPAH I AKAN JADI VET YANG TAK MEMBUNUH KALAU I BERJAYA JADI VET (maksudnya dia sini, bila i tak berjaya menjadi seorang pakar bedah mayat). Tulis pasal Ben ni buat i sedih lah, i tak suka nanti i menangis lama sampai besok pagi sebab i baru bangun tidur dan kena study untuk paper Sabtu ni.

RIP BENXEMA KAREEM, I LOVE YOU SO MUCH.

OKAY BYE.

P/S: i serius pasal mintak i tengok gambar dan video pertunangan tu. JANGAN CABAR I OKEY. Tapi sebab i memang peminat Ashraf Muslim yang sejati, nah lah. NYAH LEPASTU.

1 comment: